Thursday 16 August 2012

Akhirnya....

Setelah sekian lama saya kehilangan password untuk blog ni, berkat ramadhan yang mulia ini, Alhamdulillah saya diberi inayah olehNya..Dapatlah beroperasi semula selepas ini..

salam Syawal buat pembaca semua

Wednesday 25 January 2012

Majlis tunang Jannah

lama pula tak update..Takpe la yang terbaru ini dari Jannah yang tinggal di Sikamat pada 05/01/2012..Sempena MaulidurRasul tu...Nak berjalan kemana lepas tu ye...cuti 4 hari tuh...mmmm..

Jannah - 100 pax

Nasi Tomato
Ayam masak merah
Dalca
Papedom
Acar
Buah
Kordial

Khemah scallop dua set.

Semoga semuanya nanti berjalan lancar..

Tuesday 10 January 2012

Takziah dan Tahniah Cik Dilla

2012 sudah pun membuka tirai..baru hari ini saya sempat nak menjengok blog ni.Dahla terbakar tak kena pedulikkan pulak ye x?

Tempahan pertama tahun ini adalah dari Cik Dilla yang telah menempah lebih kurang 3 bulan awal.Sepatutnya pada 31hb. Disember namun telah dipinda pula kepada 1hb Disember 2012.Penat juga tau melayan kerenah cik kak sorang ni.. Apapun Alhamdulillah...syukurlah..

Takziah kepada beliau kerana ibunya telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat 30hb Disember 2011 yang lepas.Agak terkejut juga bila menerima panggilan telefon darinya yang mengatakan kenduri tersebut dibatalkan.Kuasa Allah tidak dapat kita duga..Hanya DIA sahaja yang tahu akan setiap perancangNya-Cuma terkilan jugalah kerana arwah ibunya tidak sempat meraikan majlis pertunangan Dilla.Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin sebagaimana yang telah dijanjikan.

Jujur saya katakan agak pening juga tika itu kerana ada barang yang sudah siap dibeli dan ditempah. Namun sempat saya cadangkan kepada Dilla (selepas selesai pengkebumian) agar ditukarkan sahaja kepada majlis tahlil.

Memang kali ini menduga juga ketabahan saya apabila saya dimaklumkan pda hari Sabtu majlisnya berjalan juga. Kelam-kabut dibuatnya.Alhamdullillah dapat saya atasi dan selesaikan tanpa bantuan suami kerana dia berseminar pula..adoyaaiiiii..

Kesabaran saya diuji lagi dengan kerenah makciknya pada hari kenduri tersebut. Melayan orang cerewet ni...sabar jer..Kali ini saya hanya menghantar makanan dan menyediakan air sahaja. Hidangan akan disediakan oleh adik-adik beliau..Sayang saya tak dapat merakam gambar hidangan.

Menu : 200 pax

Nasi putih
Ikan sepat masin + nenas masak lemak cili api
Ayam masak merah
Rendang daging
Sayur campur
Ulam-ulaman + sambal belacan
Buaha-buahan air kordial

Alhamdulillah menurut kata Dilla bapa dan neneknya berpuas hati dengan msakan saya. Itu yang penting..Tahniah saya ucapkan semoga alam pertunangan ini akan sampai ke jinjang pelamin.Syukurlah, Alhamdulillah.

Tuesday 6 December 2011

Tuanku Jaafar Golf Club






Majlis kak Linda pada 27/11/2011..Lepas dah..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Letih mak nakk sebab siap serve lg..

Monday 21 November 2011

Nijam banyak kenduri

Nijam = bahasa atuk den maknanya "sekarang.."

Musim kenduri kendara penghujung tahun ini.. Kenduri kahwin, kenduri tunang, kenduri berkhatan, kenduri tahlil..pendek kata bermacam jenis kenduri...Ingin saya ingatkan kalau berhajat buat kenduri waktu cuti persekolahan tempahan awal haruslah dibuat terutama kalau memerlukan khemah.

Untuk tempahan kali ini puas sudah saya usahakan khemah untuk kak Linda. Semuanya penuh. Akhirnya saya serahkan kembali pada kak Linda jika dia mempunyai kenalan yang membuat sewaan. Biasanya untuk khemah saya tidak mengambil sebarang komisyen. buat apa berlebih-lebih...betul tak?

Tempahan kak linda  (200 pax):

Nasi putih
Daging kambing masak kari (seekor kambing aqiqah)
Ayam masak merah
Ikan keli berlado
Acar jelantah
Buahan
air kordial

Alhamdulillah. Boleh juga saya buat tambahan modal untuk kenduri saya sendiri nanti disamping modal untuk menambah sedikit barang katering..alhamdulillah..Syukurlah.

Thursday 10 November 2011

Tempahan Adha

Tempahan saya terima dari Puan Syida yang tinggal di Taman Indah Nilai. Pada asalnya beliau ingin saya membuat penghantaran pada pagi Aidil Adha..memandangkan hari tesebut adalah hari sibuk sedunia saya mencadangkan supaya penghantaran saya adalah pada malam mantai. Keesokkannya hanya tolong panaskan.Mujur boleh berlebih kurang. Kalau tidak parah juga.

Menu :~

Ketupat daun
Kuah kacang
Rendang Ayam
Sayur Lodeh
Sambal ikan bilis
Serunding
Rendang daging

Alhamdulillah saya dapat menyiapkan untuk juadah beliau walau ketupat sendiri belum beranyam. Sykurlah..rezeki jangan di tolak ..ye tak...?

Tuesday 11 October 2011

Popiah in heaven

Malam ahad saya sibuk menyiapkan tempahan popia kira-kira 150 biji.Buntang bijik mata.Isi popia saya spesel ..lain dari yang lain..ecececece sapa nak puji ye tak..Disamping tu saya buat frozen gak..Kami anak beranak sekali goreng untuk makan lebih 20 biji.masuk mulut hilang..masuk mulut hilang bak kata anak saya..

 yang reject tuk habuan perut...

 Goreng lagi..yang hak pukul 8 mlm td da surut lam perut..

 untuk frozen..ada 6 biji @ RM 2

Saya ada siapkan kuah sosnya sekali..spesel punya..

Kalau berminat jangan shy-shy contact saya..

p/s- sedang berlatih dengan hebatnya untuk penyediaan kulit popia basah dengan harapan yang tinggi untuk mengeluarkan produk kulit popia basah keluaran bumiputera. Insya-Allah..