Thursday, 16 August 2012

Akhirnya....

Setelah sekian lama saya kehilangan password untuk blog ni, berkat ramadhan yang mulia ini, Alhamdulillah saya diberi inayah olehNya..Dapatlah beroperasi semula selepas ini..

salam Syawal buat pembaca semua

Wednesday, 25 January 2012

Majlis tunang Jannah

lama pula tak update..Takpe la yang terbaru ini dari Jannah yang tinggal di Sikamat pada 05/01/2012..Sempena MaulidurRasul tu...Nak berjalan kemana lepas tu ye...cuti 4 hari tuh...mmmm..

Jannah - 100 pax

Nasi Tomato
Ayam masak merah
Dalca
Papedom
Acar
Buah
Kordial

Khemah scallop dua set.

Semoga semuanya nanti berjalan lancar..

Tuesday, 10 January 2012

Takziah dan Tahniah Cik Dilla

2012 sudah pun membuka tirai..baru hari ini saya sempat nak menjengok blog ni.Dahla terbakar tak kena pedulikkan pulak ye x?

Tempahan pertama tahun ini adalah dari Cik Dilla yang telah menempah lebih kurang 3 bulan awal.Sepatutnya pada 31hb. Disember namun telah dipinda pula kepada 1hb Disember 2012.Penat juga tau melayan kerenah cik kak sorang ni.. Apapun Alhamdulillah...syukurlah..

Takziah kepada beliau kerana ibunya telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat 30hb Disember 2011 yang lepas.Agak terkejut juga bila menerima panggilan telefon darinya yang mengatakan kenduri tersebut dibatalkan.Kuasa Allah tidak dapat kita duga..Hanya DIA sahaja yang tahu akan setiap perancangNya-Cuma terkilan jugalah kerana arwah ibunya tidak sempat meraikan majlis pertunangan Dilla.Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin sebagaimana yang telah dijanjikan.

Jujur saya katakan agak pening juga tika itu kerana ada barang yang sudah siap dibeli dan ditempah. Namun sempat saya cadangkan kepada Dilla (selepas selesai pengkebumian) agar ditukarkan sahaja kepada majlis tahlil.

Memang kali ini menduga juga ketabahan saya apabila saya dimaklumkan pda hari Sabtu majlisnya berjalan juga. Kelam-kabut dibuatnya.Alhamdullillah dapat saya atasi dan selesaikan tanpa bantuan suami kerana dia berseminar pula..adoyaaiiiii..

Kesabaran saya diuji lagi dengan kerenah makciknya pada hari kenduri tersebut. Melayan orang cerewet ni...sabar jer..Kali ini saya hanya menghantar makanan dan menyediakan air sahaja. Hidangan akan disediakan oleh adik-adik beliau..Sayang saya tak dapat merakam gambar hidangan.

Menu : 200 pax

Nasi putih
Ikan sepat masin + nenas masak lemak cili api
Ayam masak merah
Rendang daging
Sayur campur
Ulam-ulaman + sambal belacan
Buaha-buahan air kordial

Alhamdulillah menurut kata Dilla bapa dan neneknya berpuas hati dengan msakan saya. Itu yang penting..Tahniah saya ucapkan semoga alam pertunangan ini akan sampai ke jinjang pelamin.Syukurlah, Alhamdulillah.