Monday, 26 September 2011

Rezeki Syawal...

Tidak dinafikan kedatangan bulan Syawal ini sedikit sebanyak telah menambahkan pendapatan saya. Bukan setakat saya malah sesiapa pun yang berkecimpung dengan dunia katering harus akui keberuntungan rezeki ini..Bagi saya alhamdulillah..syukur..namun saya tak berani menerima tempahan lebih dari seorang pelanggan sehari.Maklumlah tenaga kerja hanya saya dan suami. Saya hanya menerima tempahan untuk hari sabtu dan ahad sahaja.

Sebenarnya saya sudahpun memulakan mini katering ini sewaktu arwah bonda masih ada lagi.Usaha saya menjadi lebih giat bila beliau sudah pergi kerana sayangkan barang-barang beliau dari tidak digunakan. Bakat dari beliau tidak ingin saya siakan..Saya sentiasa berusaha menambah mutu masakan.Hasil dari katering kecil-kecilan ini dapatlah juga saya menambah barang-barang katering sedikit demi sedikit.Dapatlah juga menampung perbelanjaan bulanan sementara gaji keluar.Alhamdulillah.Itu yang saya maksudkan dengan rezeki Syawal.

Ada juga tempahan yang terpaksa saya tolak kerana tak berkudrat.. Jemputan rumah terbuka pun banyak..Tak sedap pula kalau tak hadir memandangkan yang menjemput itu terlebih dahulu sudah mengunjungi kami sekeluarga..Jangan tamak...Itu yang selalu saya bisikkan.. Ada rezeki...adalah...semuanya kerja Allah,,...syukurlah..Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment